Tuesday, July 27, 2010

..di kala itu..

dikala ku kesepian,
ku mengenang kisah lama,
mengapa menyalahkan takdir?,
sedangkan itu ketentuanNYA..

ku pernah kesali,
mengapa ketentuanNYA bagiku begini,
tetapi...
jika ia tidak diuji kepadaku,
bagaimana ingin kusedari,
sedangkan DIA lebih mengetahui apa yang ingin DIA kehendaki.

ku perlu redha,
ku perlu tahu,
bahawa DIA tidak akan mengujiku diluar kemampuanku.

bukan sekarang ku boleh berasa lega,
bukan ketetapanNYA lagi untuk ku berasa selamat,
bukan sekarang masanya ku boleh menarik lafas lega,
bukan masanya lagi untuk ku mendabik dada.

kerna,
tidak semua akan sentiasa diatas,
mungkin satu masa akan jatuh kebawah.
kerna,
tidak semua akan selalu dibangga,
mungkin suatu masa akan diratapi.
kerna,
itulah Qada' dan QadarNYA,
tiada siapa yang dapat menduga.

ku bersyukur terhadap ujianNYA,
ia membuatkan aku lebih matang,
lebih mengenal dunia mahupun akhirat,
lebih banyak memberi dari menerima,
lebih menyedari diri ini banyak kekurangan.

aku perlu...
aku perlu baikinya,
aku perlu...
aku perlu menginsafinya,
aku perlu...
aku perlu mengubahnya,
aku perlu...
aku perlu bertaubat atasnya.

mungkinkah ini kerna nafsu?
jika iman tidak dikawal,
nafsu mula menguasai diri.

mungkin...
ini pengajaran bagiku.

pernah suatu ketika aku katakan "tidak" pada itu,
pernah suatu ketika aku katakan "ada apa" dengan itu,
pernah suatu ketika aku katakan "benci" pada itu,
tapi..apakan dayaku..
aku tetap terjerumus,
aku tetap terjelompok,
aku tetap tersesat,
menempuh saat yang tidak bisa ku jelaskan.

memang..
ia sangat indah dimataku,
memang..
ia sangat menggembirakan diriku,
tetapi...
ia lebih indah disisi syaitan laknatullah,
ia membuatkan syaitan menepuk keriangan,melompat kegembiraan..
kerna..
umat Islam dapat dikalahkan..
umat yang mulia dapat disesatkan...

ingin ku kembali ke dunia nyata,
ingin ku kecapi apa yang ku ingini,
ingin ku lakukan kewajipan bagiku,
ingin ku katakan ku insafi diri ini.

adakah masih belum terlambat?
adakah ini semua pembalasan dari NYA?

tidak..
aku masih belum terlambat,
pintu taubat masih terbuka.
ini adalah ketetapan dariNYA,
yang ingin melihat aku tunduk memohon keampunanNYA.

adakah segalanya akan diterimanya?
apakah aku akan diterima disisiNYA?

ya...
jika aku ikhlas kernaNYA,
DIA akan menolongku.
DIA lebih mengetahui segala-galanya.

bangunlah wahai insan,
sedarlah wahai insan,
jagalah wahai insan,
kembali pada dunia nyata.
buanglah segala anganmu,
tutuplah segala kelemahanmu
campaklah segala egomu,
kejarlah manfaat dari apa yang berlaku.

aku memohon,
aku memohon padaMU,
tetapkan imanku..
tingkatkan imanku..
kuatkan imanku..
supaya aku tidak dikalahkan oleh nafsu..

ingat wahai sahabat seperjuangan,
ALLAH sentiasa disisi,
DIA lebih mengetahui apa yang dikehendakinya,
DIA tidak akan menguji hambanya diluar kemampuan hambanya..

..sedarlah wahai teman..

24 julai 2010.
1.15 pagi.
>semut merah<




No comments:

Post a Comment