:: tafsir mukashafah al-qulub::
.....Imam Al-Ghazali.....
.....Imam Al-Ghazali.....
bab 1
tanda-tanda takut kepada ALLAH..;1. lisannya-menghindarkan diri daripada dusta,ghibah,menyebarkan fitnah, berbual kosong dan banyak bercakap.malah menyibukkan diri dengan zikir, membaca al-quran dan muzakarah ilmu.
2. hatinya-membuang rasa pemusuhan,kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya
"hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."
sabda Rasulullah S.A.W
3. pandangannya-tidak suka memandang pada pakaian, makanan, minuman ataupun hal-hal lain yang haram.
"barang siapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka ALLAH akan memenuhinya daripada api pada hari kiamat"
sabda Rasulullah S.A.W
4. perut-tidak diisi dengan barang yang haram.
"manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat di langit dan bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada didalam perutnya, jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka."
sabda Rasulullah S.A.W
5. tangannya-tidak menggunakan untuk perkara yang haram.tapi hanya digunakan untuk taat pada ALLAH."sesungguhnya ALLAH SWT telah menciptakan bangunan dari zabarjud hijau. didalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok.tidak ada yang boleh masuk kesitu selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut kepada ALLAH"
riwayat Ka'ab Akhbar
6. langkah(kakinya)-tidak berjalan ketempat maksiat,tapi hanya melangkah untuk taat pada ALLAh ,mencari keredhaanNYA.
7. ketaatammya-ketaatanya semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH,takut pada riak dan munafik.
hikayat:
pada suatu hari, nabi Daud duduk di atas tempat peribadatannya. tiba-tiba dia melihat ulat merah,maka dalam hatinya berkata, "apa kiranya kehendak ALLAH pada ulat ini?". maka dengan izin ALLAH ulat itu berbicara seraya berkata, "wahai Nabi ALLAH! di siang hari Tuhanku mengilhamkan agar aku membaca 'subhanallah wal hamdulillah wala-ilaha illa ALLAH' seribu kali. sedangkan dimalam hari Tuhan mengilhamkan agar membaca 'Allahuma solli ala Muhammadini Nabiyyil ummiyi wa'ala alihi wasohbihi wa sallam' seribu kali. lalu apakah yang engkau baca hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?..maka nabi DAud amat menyesal menghina ulat tersebut. dia merasa takut kepada ALLAH, lalu dia bertaubat dan bertawakal kepadaNYA.