Sunday, November 14, 2010

impian dalam genggaman

aku cuba,
cuba untuk menerima,
walau ku tahu berat bagiku.

pertama kali memilihnya,
ku rasa tiada yang istimewa,
hanya semata mengejar cita-cita,
walau ku tahu sukar menerima.

namun ku cuba,
cuba untuk setia,
cuba apa yang terdaya,
demi mengapai hajat yang tercinta.

setelah mencuba,
ku akur ketentuanNYA,
semakin bangga aku akannya,
menjamin kehidupan diakhir usia.

ku jatuh cinta,
terhadap cita-cita,
menunggu masa,
kan ku gapai segalanya.

semangat..
hadirlah di kau,
demi ku lunaskan segala janjiku,
buat kegembiraan si ibu,
yang menanti kejayaan di buru.

ibunda,..
tunggu...
kan ku bawa bersama kejayaan,
hadiah buat keluarga tercinta,
akhirnya impian menjadi nyata,
terurai segala apa yang dicita..

~semoga maju jaya dalam bidang yang di ceburi..semoga redha NYA sentiasa bersamamu~

-good luck nurul aishah in your final semester-

Wednesday, November 10, 2010

selamat datang semester baru

alhamdulillah,smlm dah dftr sem bru~~semester akhir sebelum kluaq pktikal..syukur dgn kurniaanNYA..trima kaseh ya ALLAH kerna telah mengurniakan keputusan yg baek smlm..syukur kehadratNYA..ku harap bantuanMU hingga akhir hayatku...

keputusan semester lepas meningkat dr sebelumnya..alhamdulillah..smoga semut merah trus berusaha dengan berjaya..dan semoga ALLAH memberkati ilmu yg semut merah perolehi dmi perjuangan kpd generasi akan dtg..insyaALLAH..

truskan usha tok suma sahabat2 seperjuangan..jgn terlalu berbangga dgn keputusan yg telah kamu perolehi.sujud syukur kpdNYA..itu adalah tebaik..bgi yg kurang berjaya,trus berusaha,kejayaan ada dimana2,itu pasti..DIA rindu akan sujud memohon pertolongan dr hambaNYA..

semoga berjaya tok suma..tok adk2 junior,,trus menjadi yang terbaik,jgn mudah putus asa..berkorban tok menggapai kejayaan,insyaALLAH,,kemanisan yg kamu kn perolehi..jgn mudah beralah dan melatah dengan sesuatu..ambil sebagai ujian dan tarbiah kpda kamu..

p/s:pringatan tok diri sendiri. jgak..=)

Sunday, November 7, 2010

Islam

I - Isyak

S - Subuh

L - Luhur (Zuhur)

A - Asar

M - Maghrib

Kalau kita tinggalkan salah satu daripadanya, kita sudah bukan Islam lagi.

Dalam peristiwa Israk dan Mikraj, Allah s.w.t. berkata keada Nabi Muhammad s.a.w., "Aku ambilmu sebagai kekasih.

Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu.

Aku buka dadamu dan buangkan dosamu.

Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat.

Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat.

Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu.

Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy.

Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar.

Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu.

Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang."

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu.

Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.