Saturday, October 30, 2010

salam imtihan


khas dedicate tok ibtisam

alhamdulillah..minggu peperiksaan kembali lg..o0opss..bkn semut merah exam yea,,dah hbs pon..ni khas tok kwn2 semut merah yg akn @ sedang menempuhi final exam..semoga berjaya tok kalian.insyaALLAH,DIA sentiasa bersama kalian..wt yg terbaik ok!..

tetba lak teringt tym SPM dlu..haha..kembali ke 4 tahun yg lepas...

tym SPM mmg best..ayah akan hntaq & amik kt skola ikot tym exam..=).(hari2 biasa,blik jln kaki ok!).bahagia..klu tgah hari,call ckp lapar ja,,jeng..jeng..jeng..da org hantaq makanan...mmg x ley lupa..tp..apakan daya..result ckp2 makan..alhamdulillah..bersyukur juga pdaNYA..

ermmm...sebenarnya suma adalah ujian dariNYA..walau kita dah berusaha,berdoa dan sebagainya,tp,ia menghampakan...sebenarnya,DIA sedang menguji kta..tok mentarbiahkn diri kita..

"kita minta redup yang berterusan,tapi tiba-tiba kilat dan guruh yang datang...akhirnya,,munculah pelangi yang indah"..

kita minta suma yg indah belaka,tp,kenapa DIA x kabulkan doa kta?tp,beri apa yg kita x nak..sebenarnya,DIA lg Maha Mengetahui apa yang terbaik tok kita..bersyukur dengan setiap apa yang telah dikurniakanNYA..sesungguhnya,ada kebaikan disebalikkan keburukan yang berlaku..

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.”

- Surah Al-Baqarah ayat 216-

redha dengan segala ketentuan qada' dan qadar..

papepon..semut merah nk wish kepada suma yang sedang @ bakal menghadapi peperiksaan akhir..buat lah yang terbaik..terimalah apa jua keputusannya kelak,,sesungguhnya,kalian telah berusaha,berdoa dan bertawakkal..good luck.!!

..khas dedicate tok zati hanani..


Tuesday, October 19, 2010

long term memory...

usrah:

1)ta'aruf :berkenal-kenalan
2)tafahum :salaing faham memahami
3)takaful :saling tolong menolong

p\s:

tringat progrem BADAR msa zaman sekolah dlu..kt sekolah menengah kebangsaan agama arau, PERLIS...tym ni sgt best..seri0sly mmg x tow langsung apa itu "usrah"...zaman skola dpa panggil BADAR..pengisian cm usrah jgak la..suma student form 1,2 & 4 wajib hadir..ikot sukatan buku & hadis yg ditetapkan..naqib\naqibah dr kalangn form 4..kebanyakan student hostel sbb depa dah diberi pendedahan awal..

semut merah tringat lg..msa form 1 & 2,,semut merah kna ikot pogem ni..bgus...best..byk ilmu dpt..msa form 3 x wajib sbb klas tambahan PMR..so,,mmg xda la..msuk ja form 4,semut merah dilantik jadi naqibah tok student form 1..owh...apakah ilmu yg ana sudah beri pada mereka msa itu?sesungguhnya,,ana mmg x tow pape msa pelantikan tu..hanya ikot arahan saja..semut merah ikot pa yg semut merah blaja b4 tu..hurmm..ya ALLAH,,kesian adk2 tu,,ana xtow smada betul @ x penyampaian usrah tu msa tu..rasa bersalah sgt2..=(...ampunkan lah segala kesilapanku pda adk2 usrah msa tu...

alhamdulillah..skank,,semut merah lebih mengerti..IKHLAS adalah segala2nya...semut merah mencuba mencari usrah..msa uitm dlu xla pnggil usrah..tp slalu jgak wt pengisian cm usrah ni..kt hostel ja la..bersama2 11 teman yg lain...syg korg..

skank ni..semakin seronok mencari & ingin tahu...yaALLAH,,istiqamah kn daku dlm mencari ilmu MU ini...

ameen..

...khas buat sahabat tercinta...








wahai sahabatku,
aku ingin mencoret lembaran,
sebagai ingatan buat kita,
di akhir perpisahan nyata,
walau bukan rancangan direka.

sahabatku,
engkau pembakar semangat,
engkaulah penenang perasaan,
dikala aku jatuh didunia nyata,
dikala aku rebah dari ujianNYA.

sahabatku,
tanpamu mungkin aku tidak mengerti,
erti hidup ini,
pelbagai onak dan duri,
walau ku tahu,
aku tak mampu bertahan..

tapi..
semangatmu membuat aku sedar,
kata-katamu membuat aku mengerti,
kemarahanmu membuatkan aku berfikir,
tentang kehidupan di dunia sementara.....



buat sahabatku..sayang kamu
..ukhwah fillah abadan abada..

ikhlas dr:kerinduan yg jauh dimata..dekat dihati..
::NURUL AISHAH BT ABDUL RAHMAN::

wahai muslimah




wanita solehah ibarat rama-rama,
cantik rupawan bukan untuk tontonan,
indahnya diri bukan untuk sentuhan,
budinya lembut disebalik ketegasan.

wanita solehah,
malumu menjadi pencabar,
ketegasanmu menjadi pendinding,
budi bicaramu menjadi sempadan,
aktifmu menjadi penggerak,
bukan halangan di dunia nyata.

wanita solehah,
pakaianmu menjadi perisai,
dari segala ancaman luar,
menjadi kewajipan untukmu,
menutup segala kurniaanNYA.

wanita solehah,
menjadi keinginan zauj yang soleh,
menjadi dambaan si wira agama,
sebagai penyambung pejuangan Rasulullah,
demi jihad fisabilillah.





..dari hati ke hati..

Sunday, October 17, 2010

..hidup sihat,badan cergas,otak cerdas..

ptg td tman mak n adk ke seksyen 18..berjoging...berjoging la kunonnya..tp semut merah ckop 2 round ja..pastu lepak2..adk semut merah lg la,,bru 1 round,da sempot2..mk je sampai 4 round..haha..tp xkesah la..besa la..lma sgt x berjoging2 ni..bkn berjoging,,sukan pon da mkin jrang..o0oh tidak~~

tetba mk tnya.."kt kolej x da ka sukan3 ni?"..haha...ada ja mk..cuma ank mak ni ja mls nk join..

alkisahnya..(terkenang kmbali zaman muda2)...rewind ke 9 tahun lepas..

msa skola rendah..semut merah pntang skit dgr sukan2..xkra la berlari ka,,melompat ka,,bola jaring ka..minat hbis la..suma nk join..xkesah la mnang ka klah tym ni..jnji join..ingt lg,semut merah umah "merah-musytari"...mmg best la klu hari sukan..xsah klu x berlari..tym ni la nk tunjuk teror* hahaha...walau hnya pringkat umah sukan ja,,xkesah..

rewind ke 6 thun lepas...

msa ni skola menengah...umah biru-tabok...ermm,,bersukan lg..tp pringkt umah sukan ja,,skola agama xley p pringkat tinggi2..stakat sekolah sja.tp x kesah..jnji ada..jnji bole bersukan..tym ni da merentas desa la..lari la..lompat tinggi la..tp syg..xda lompat pagar..*xbest2..merentas desa pling best..sbb jauh..haha...semut merah suka yg lari jauh2..cm 400m..800m..rindu sgt tym2 ni..

tp...

bla msuk u sja..suma da berubah..semut merah kurang xtif..msa kt UiTM dlu da gak la maen sukan2 ni..cm berlari..futsal..mmg best..sbbnya...da kawan yg sentiasa menyokong n join skali..bla teringt kmbali....sy inginkn saat itu menjelma kembali..tp..apakn daya semut merah..hnya DIA sja yg tahu..whateva,,kenangan tu,,xkn semut merah lupakan smpai bla2..trima kaseh sahabat..anda adalah terBAIK..

sebelum futsal bermula

selepas penat bersukan

mungkin...

kenangn ni suma x kn kmbali lg..tp..semut merah rindu kalian.rindu bersukan bersama kalian..xkra la sekola rndah ka,,skola menengah ka..uitm ka..tu kenangan yg x mungkin semut merah lupakan smpai bla2..JANJI...

sebab...

kt PTPL ni..seriosnya,,lgsng semut merah x pnah bersukan lg..ada ja alasan..tp sebenarnya..semut merah x jmpa lg true friend yg betol2 bole msuk ngn semut merah tok bersukan..bukan semut merah bersukan sbb da geng..tp..environment kt PTPL yg kurang menyebabkn semut merah x suka bersukan di situ..xsuka join apa2 pogem sukan..plus..xda dorongan dr sp2 disini..itulah realitinya..tp..xpe ja..sekurang2nya,,semut merah ke tman tok exersice=)..ok la tu kn...badan sihat..otak cergas,,..ahaha

tgk la pasni..klu ajin..semut merah cuba2 lah bersukan skit2 ..dmi hidup yg sihat,bdan yg cergas dan otak yang cerdas,,,=)

mood:rindu kalian tok bersukan bersama..chaayok!!!

papepon...


Monday, October 11, 2010

10.10.10

::selamat bertunang NUR AINI::

semoga aini berbahagia & yg pasti,,cpt3 la kawen yer..=)...smoga ikatan ini terbina sehingga kegerbang perkahwinan dan hingga penghujung nyawa..syg kamu..trima kaseh ats jemputan tu ya,,sory sgt3 makcik sbb xdpt tlg byk..skit2 jer..=(...susahkn makcik lak sdiakan mknan tok kami..


..bersama aini & kwn2 yg sporting menemani..


..aini..bersama mak dan ayahnya..


..kami..aini & tunang..

..makan tym..

aini..bersabar dengan segala dugaan yg menimpa dirimu..da hikmat disetiap apa yg berlaku..jika aini x mampu menegur guna tgan,,gunalah mulut..jika tidak mampu,,sebaiknya hati..semut merah dan kengkwn yg len mendoakn apa yg terbaik tok aini dan femily..
S.A.B.A.R..itulah ungkapan hikmat yg penuh kebaikan..

aini,,semoga pertunangn ini membawa sinar kebahagia di msa dpn kelak..semut merah percaya,,shahril dpt menjaga aini sebaiknya,,kerna itu,,mak aini menyokong pertunangan ini..

aini,,klu da mslh,jgn lpa,,kwn2 ..semut merah,shida,fiza bersedia meluangkan msa bersama berkongsi kisah..jgn risau,kami ingin yg terbaik tok aini..

aini,,ingatlah,,x semua keluarga sempurna,tiapnya pasti diberi ujian yg berbeza2.,,cuma,,yg pastinya,bagaimana kta berhadapan dgn ujian tersebut..pesanan semut merah,,berdoalah pda pemilik alam ini..semoga mereka2 itu diberi hidayah dan dibuka pintu hati menerima ajaran Islam..ALLAH sntiasa bersama kita..cuma,,DIA menguji thap kesabaran kta..teruskan berdoa,,jgn putus asa..semoga dirimu dilimpahi rahmat drNYA..ameen...

::semoga berbahagia syg::

Monday, October 4, 2010

usrah...wajib@ tidak??

copy from::
http://u-jam.blogspot.com/2010/09/usrah-wajib-atau-tidak.html

Abang Hakim, usrah tu wajib ke? “ satu soalan keluar dari peserta muslimat Simposium Nuqaba’ anjuran Rakan Masjid. Kelihatan muka peserta yang lain menanti dengan penuh tanda tanya.

“ Usrah itu wajib dan tak wajib”. Jawab ana dengan tenang dan yakin. “Aik, macam mana pula tu?” Soal pula peserta muslimat yang lain. Ana sudah duga persoalan itu akan keluar. Mulut mengukir senyum. Bagus, stratergi untuk memancing minat mereka bertanya dah mengena.


Begini, usrah itu wajib kepada orang yang menjadi ahli da’wah dan tidak wajib kepada yang bukan ahli da’wah.” Permulaan jawapan yang sengaja dibiarkan berselirat. Ya. Umpan mengena lagi, kali ini dari adik muslimin. “Erm.. macam mana tu abang hakim, bukan ke setiap orang yang mengatakan lailaha illa allah itu seorang daie”. Jelas kelihatan dan keserabutan di muka setiap peserta.

Slot tengahari memang sukar untuk dipenuhi. Mata mudah mengantuk. Badan cepat letih. Sebab itu ana mengambil pendekatan provokasi dalam menyempurnakan slot ketika cinta bertasbih tengahari ini. Slot yang menjemput naqib yang pernah mengendalikan smart group dengan jayanya satu ketika dahulu. Entah kenapa, komiti gatal menjemput ana dan ana pula terlepas cakap memberi persetujuan. Sedangkan, ana bukanlah yang terbaik. Namun, kerana Allah demi Islam, ana galas juga amanah ini.

Ana menjawab, “Sebenarnya, kewajiban menyertai usrah ini jatuh kepada ahli da’wah iaitu orang yang telah berintima’ @ menyertai jemaah islam secara langsung. Sebagai analogi, hanya orang yang mendaftar di university sahaja yang wajib masuk ke lecture. Masyarakat yang tidak mendaftar di universiti tidak wajib untuk masuk ke lecture walaupun umur mereka sebaya.”

Justeru, dengan persetujuan menyertai jemaah islam bererti kita telah bersetuju menurut segala perancangan yang disusun oleh jemaah. Perkara pokok sebuah jemaah ialah tarbiyyahnya dan tunjang tarbiyyah ialah usrah.

Menyertai usrah adalah wajib kepada ahli jemaah kerana disitu tempat percambahan fikrah jemaah berlaku. “Abang Hakim, maknanya usrah tue tempat kita menuntut ilmu ye?” seorang peserta mengajukan soalan. Ana tersenyum. Bagus, mereka semua bersemangat dan tidak tidur.

“Usrah bukanlah tempat menuntut ilmu!” Beberapa orang peserta kelihatan tercengang dan terkebil-kebil mata. Ana menyambung lagi, “Usrah juga bukanlah tempat untuk berukhuwwah” Kelihatan kerut di beberapa muka peserta. Sengaja ana biarkan mereka terus berfikir.

Sebenarnya usrah adalah tempat untuk kita berbincang, bukan untuk menadah kitab. Usrah bukanlah tempat untuk berukhuwwah, tapi tempat untuk membina ukhuwwah. Outcome dari usrah barulah kita katakan mendapat ilmu dan ukhuwwah.

Sebagai analogi, di kilang kereta, orang tak naik kereta. Di situ tempat buat kereta. Dari besi yang besar, keras serta tidak berwarna, ia diketuk, dipanaskan , di pandu uji , dibentuk acuan dan kemudian dicat. Besi itu dipasangkan pula dengan stering, tayar , cermin dan pelbagai lagi. Setelah proses ‘tarbiyah’ itu berlaku, barulah sebuah kereta yang canggih dan lawa di pasarkan. Berebut-rebutlah kita memuji kemantapan kereta itu. Itu jika proses pembuatannya teliti, kalau cincai…. Bersiap sedialah dengan komen dan kutukan pengguna.

Begitulah dengan usrah, segala proses pembentukan itu berlaku dalam usrah. Dari seorang yang tidak dikenali kepada orang yang terkenal. Hasilnya hanya dapat dilihat di luar usrah. Sebab itu dahulu pernah dipopularkan satu istilah, “Usrah yang sebenar bermula dengan tasbih kafarah dan berakhir dengan al fatihah.”

Muka peserta sudah mula cerah. Awan redup keliru mula berarak pergi. Kini perlu menghuraikan jawapan tidak wajib usrah pula. Peserta semakin tekun dan fokus. Perasaan ingin tahu mereka dicabar. Bagaimana satu soalan boleh ada dua jawapan yang bertentangan?

Tidak wajib menyertai usrah kerana dia bukan ahli da’wah. Menurut al Fadhil Ustaz Fathi Yakan, mad’u boleh diklasifikasikan kepada 2 golongan. Golongan istifadiah dan golongan jamhariah.

Golongan istifadiah ialah golongan ekslusif. Mereka sudah ada kesedaran islam. Bahkan mereka sudah mula dan mahu menyebarkan islam. Bagi golongan ini, mereka wajib berusrah kerana mereka merupakan golongan yang sudah berintima dengan jemaah. Mereka inilah yang kita gelarkan sebagai ahli da’wah.

Golongan jamhariah ialah golongan orang awam. Mereka baru nak berjinak-jinak dengan Islam. Kalau di UTP, mereka ialah adik-adik smart group. Mereka belum lagi menjadi ahli da’wah. Pendekatan kena berbeza dengan orang yang berlatar belakang pendidikan Islam. Kena banyakkan program sampingan seperti ziarah, riadah, makan bersama, rehlah dan apa sahaja yang boleh menarik minat.

Rumusan sudah dibuat. Peserta mengangguk-angguk tanda faham. Selepas habis slot tengahari itu, ana pasang satu video klip gambar usrah yang ana kendalikan. Ada yang kehairanan. Tiada pun ‘sut usrah’ yang kami pakai ketika usrah?

Ya, memang tiada set jubah dan serban dalam usrah kami. Wahai adikku sayang, tiada siapa kata usrah hanya boleh dijalankan di masjid semata bukan? Ingatlah , usrah bukanlah tempat untuk menuntut ilmu, tapi tempat untuk membina kefahaman. Selamat berusrah adik-adikku. (^^)/"

Sunday, October 3, 2010

raya 2010

lma sungguh semut merah x bejln kat blog ni..dah besawang...huish...ri ni berkesempatan..coz,,cti tok sebulan..alhamdulillah,,bru pas final exam...harap dpt result yg baek..insyaALLAH..=)..

R.A.Y.A...
raya 2010 mmg best...first tym dpt berya 1 fmly pas hmpir 10 tahun x dpt rya besma2..p ziarah wan kt kg...p umah sdara-mara sma2..mmg best..after solat raya & ke kubur(al-fatihah tok atok & wan),,km suma kuaq g durian tepus la...g kubur atok sblh ayah plak..n..ziarah wan kt sna..sgt terharu..after tu..road tour raya la...pnat sgt3..kol 10 mlm bru smpai semenyeh blik..


..dengan femily di pg raya..


kt umah wan::durian tepus::n9



kt umah atok sedara..itu my baby::elyana::cian~demam pnas msa ni..

lpak2 ngn sdara mara kt broga hill,bukit ampang..best..

tu bru skit kisah keluarga semut merah..pape pon..semut merah mmg rasa sgt best rya kli ni..

cti2 semeste ni,,xrncng pape lg,,yg pastinya,,semut merah x dpt balik perlis..=(...so sad..

khas tok ust anas;...

"tahniah & syabas ats kemenangan dlm PRK semlm...harap ust dpt wt yg terbaik dlm jlnkan tanggungjwb tersebut..beri komitment yg terbaik,,kerna suma pelajar percaya & yakin ngn kebolehan ust..wish u all the best..-MPM 2010\2011"

tok aini(my fwend);..

"smoga berbahagia ngn pertunangan nnt..cpt3 la kawen ya..semut merah x sbr nk jd unty..=).."
::tggu kedatangn semut merah..10.10.10::-insyaALLAH-

selamat bercuti tok suma pelajar PTPL..

p\s: jgn lupa dftr blik pd 8,9,10 november 2010..sem okt 2010