Monday, April 19, 2010

orang ikhlas ditindas?

td singgah jap kt pti email akhisha..da lma x cek...tetba terbaca psal ni..menarik tok dikongsi..jom..layan~~~

Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa. betapa
kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik,
ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak.

Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah.
Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di
hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta
keharmonian, keseimbangan.

Lalu di pagi Jumaat ini, saya tulis satu kisah lama. sekadar untuk
mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas
satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?

Atau soalan yang lebih "dalam" dan sukar daripada itu. benar-benarkah kita
orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati
kita ketika melalukan kebaikan kepada sesorang atau sesuatu pihak?

Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah
kami untuk ikhlas.Amin.

Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah di
pagi Jumaat yang barakah ini.

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas
walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.
Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu
saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata
seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa
bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran
yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak
ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja."

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah
berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir
dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan
yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah
digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang
berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika
bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau
mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya
kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi
sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang
anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion
masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.
Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah
berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang,
semua anak-anaknya menjadi.

"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik
gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat
dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"

Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik. tentulah saya pilih
anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.
Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi
ini telah mendapat ganjaran." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih
sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada
kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik."

"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri
dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you
give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.
Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan
kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"

"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi
Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat
saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.
Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan
dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang
berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan
yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta
yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.
Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah,
lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita."

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat
kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan
dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah
berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita
pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya
logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi
laluan untuk kita?"

Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu
tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! Insya-Allah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.
Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan
kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas
kebaikan kita. Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah
merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."

"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan
manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas
kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.
Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu
lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha
Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak
memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang
melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula
kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah
Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia
lagi."

"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.
Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.
Dan paling penting. hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang
lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau
gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih
baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"

Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.
Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja. pangkat yang
mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan
hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back.
Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga.
Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita.
Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek
mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.

"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal
tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi
Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "ceo", kata orang
sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh
Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan
hanya kerana tidak dapat penghargaan."
"Maksud encik?"

"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat
kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada
Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima
kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala.
Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa
yang maktub dalam Al Quran.

"Tetapi Allah tidak berhenti memberi. " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang
derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi. Justeru siapa kita yang
tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan
terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego."

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar
impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi
peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan
hati oleh satu pertanyaan. orang ikhlas tertindas?


Monday, April 12, 2010

akhisha diperMAINkan?

huesh...mst kome suma eran kan..pe la problm akhisha kli ni..
first of all..suda lma x di update blog ni...kesuntukan msa agknya..
=)

akhisha dipermainkan?

mmg sesuai title ni right?
cmni la...akhisha sebenarnya sgt KECEWA...sgt3 dgn rakan3 dr progrem akhisha sndri..ECE..terutamanya "kwn baek" kononnya lah..ntah la...bru2 ni msa metng progrem ECE,akhisha tlah terplih mnjawat jwatan "pengerusi"...sumanya ats undian suma..msa sesi ucapan,akhisha memohon agr mereka membri sepenuhnya kerjasama kpd akhisha...bkn akhisha pinta tok memikul tanggungjwab ni,kerna memikirkan tnggungjwb MPP msih dibahu akhisha,tp mayb ats rsa amanah,akhisha snggupkan dri tok pikul tanggungjawab nie...bkn kerna GILAkan kuasa...bkn kerna hndakan PUBLISITI..bkn kerna ingin menunjukkan KEPANDAIAN @ wat eva...SERIOS...BUKAN...
akhisha hnya inginkan ECE bersatu kmbali..mengeratkan silaturrahim..berkongsi pelajaran@pendapat@pengalaman...hanya itu...

tetapi..ianya disalah erti...akhisha tidak faham..why kome suma cadangkn nma akhisha n undi akhisha tp snggop buat cmni pd akhisha...akhisha sgt kecewa...SANGAT..

sblom meeting bermula,akhisha tlah memberi amaran kpd smua stdent ECE,,
"meetng adlah wajib dtg,..sla beri kerjasama...sumanya akn diselesaikan didalam meting...kputusan meeting adlah muktamad..sebarang bantahan diluar meetng xakan dilayan"...

tp..

apa yg berlaku setelah 3 hari metng berakhir,setelah keputusan dibuat????gara3....mereka yg...entahlah..akhisha sndri plik...akhisha sdey....sgt3...

BAJU KOPERAT...inilah satu2nya msalah yg tlah membawa kpd persengketaan antra mereka dgn akhisha..cadangan tlah diberikan oleh ahli..hasil meting pda jumaat(2 april 2010) semua tlah bersetuju tok membeli baju koprat yg berharga rm42...tiada bantahan,walau berkali3 akhisha bertanya mengenainya...MUKTAMAD..baju wajib tok suma,,sebarang bntahan selepas ini TIDAK akn dilayan...akhisha bkn pa,slama ni asyik sja bertukar baju akbat dr "peniruan" pihak luar...akhisha hrap,bla mnggunakan bju koperat ni,tiada lg unsur seperti itu,dan tidak perlu tok byk kali tukaq..

bagi akhisha,akhisha menyokongnya kerna:
1. mendisiplinkan para pelajar.
2. memberi kelainan kpd stdnt ECE.
3. menunjukkan etika perguruan.(krna pkaian formal dibntah oleh mereka)
4. bole menyatukan plajar ECE.
5. beri pendedahan kpd plajar hidup dlm suasana berkerjaya.

tetapi,sumanya meleset sma sekli..akhisha sndri x fhm,mengapa disaat akhir mereka buat cmni..bg akhisha,ia 1 ARAHAN..patuhi arahan..akhisha pling XSUKA org yg xrti patuhi arahan..smuanya nk gna TOPI HITAM..TOPI NEGATIF..TOPI PEMBANGKANG...

akhisha sgt dukacita...akhisha bole lihat,tidak kemana org2 yg suka membuat peraturan sndri..a.k.a melanggar peraturan yg dibuat...cba bayangkan,seorg guru membuat perangai begini..inikah sikap cikgu?..dr kaca mata akhisha sndri,akhisha dpt lihat,dlm klas shja,plbagai ragam yg mereka tnjuk,yg x sepatutnya seorg guru lakukan..
kamu suma tu bakal GURU...bakal PENDIDIK..dimana kanak2 mengikut & mnjadikan drimu CONTOH..cba bayangkan,beginikah sikap yg ingin kamu tonjolkan kpd anak muridmu kelak...???
mmg x ptot..

setiap arhan yg diberi,,suma kamo bangkang..mengapa? ok,akhisha sndri mengaku yg akhisha TIDAK suka JIKA TIADA PERATURAN..kerna peraturan lah mengajar kita tok lbih berdisiplin...HIDUP perlukan PERATURAN...itu pasti...dalam matapelajaran syariah islamiyah(yg pnah akhisha belajar) sndri da mnjelaskan perlunya peraturan dlm kehidupan...dlm AGAMA sndri da PERATURAN..dlm POLITIK da PERATURAN..LALULINTAS pon da PERATURANNYA...dlm KEHIDUPAN pon da PERATURAN...lihat...betapa perlunya PERATURAN..tp,mengapa mereka membantah??

kerna baju?ahhh...hanya alsan...bkn akhisha mnta sekaligus bayaran...lgpon,bole ja nk pkai tym event,reunion..@ wat eva...so..pa problemnya?

ini hal bg yg dtg metng...bg yg x dtg lak...akhisha da psan,"kamu perlu ikot apa sja keputusan yg di buat"..but,why u all nk bising2 diluar..org lain snggup tnggu...kamo yg laen blik cm tu ja...

akhisha k.e.c.e.w.a.......sangat3....


ni plak story psal "kwn baik " akhisha...akhisha da anggap dia lbey dr kwn...dtg klas sma2..wt pa,suma sma2..tp..slma ni akhisha byk bersabar..bersabar dgn karenahnya..terutamanya dlm kumpulan..memang,akhisha tahu,mereka msih bdak3...tp,xperlu tonjolkan dri sprti bdk3...kamu da 20 thun ok...tlg la...bersikap seperti org berumur 20 thun.lgpon kamu bkal GURU..jgn nk siap je keja,,tp..lintang pukang...suda byk kali akhisha merasainya...ckoplah..tp,begini dia blas pda akhisha...errrmm....kononnya akn menyokong akhisha,tp,,,hush....pa sja kebaikan yg diperoleh oleh akhisha,sumanya di"kutuk"nya..mengapa?
inikah nmnya KAWAN?...

T.O.L.O.N.G lah...akhisha sygkan PERSAHABATAN ini..

tp..kamu buat ianya keruh...akhisha suda pnat tok melayah..pnat tok bersabar..akhisha thu..SABAR itu INDAH..tp smpai bla..akhisha da tahap KESABARANNYA juga..

yaALLAH..bntulah ak..ak telah leka..leka dgn mainan dunia..ampunilah ak ya ALLAH..hnya kpd Engkaulah ak memohon petunjuk..Kau kurnikan apa yg terbaik untukku..ak memohon..sedarkanlah ak...Kau berikanku kesabaran..sabar dgn segala-galanya..Kau berikan daku keyakinan..yakin dlm apa yg bakal ak lakukan kelak..ya ALLAH..hambamu memohon...


-shutdOwn-