Tuesday, December 29, 2009

...mengira detik...

tah paper kan tajuk ni..
sebenarnyakan dalam keghairahan nyambut tahun baru..2010 ni kan...dlm suasana kegembiraan..satu lgi tanggungjawab yg perlu ana pikul sebagai seorang anak,pelajar,ajk MPP dan juga khalifah di muka bumi ni..

tanggal 1 january 2010,ana akan menjadi anak,kakak, dan emak dirumah..almaklumlah..mak ana terpaksa bekursus a.k.a belajar selama 6 bulan dikelantan..cuba bayangkan sebelum ni ana x smpat nk uruskan rumah sebaiknya,tapi kli ni,ana terpaksa urus semuanya..walau da juga ayah,kakak n adik yg boleh wt keja..tp dah mnjadi kebiasaan ana,ana yg tinggal kt umah spanjang hari afte blik dr kolej,& ana pling bnci umah besepah..ohhh tidak~~~~..terimalah leteran dari kakakmu ini kelak ya wahai adk2 ku yg disayangi=)...ekekeke

ana harap dpt urus semuanya sebaiknya..itu juga pesanan dr mak..bahagikan masa dgn tugas dirumah dan pelajaran..harap2 dua2 x terabai..doakan ana ya..

xda lg pesanan msa trun keta nk tgu bas......."belajar elok3..hati3"..
xda lg pesanan msa stdy...............:"stdy ajin2,niat dpt keberkatan drNYA,tok didik anak murid ikot landsan islam"...

insyaALLAH..kan ku simpan pesanan tok pedoman diriku..


tp sdey ,slama kak ana xda kt umah sepanjang tempoh latihannya dlu..ana lah pling bahagia..sumanya terletak pda ana..pape nk buat x ksah kt umah ni..BAHAGIA~~~tp stat ja dia blik..urmm..cm3 ana terpaksa trima..bersuara pon x bole..cmna ni..mk nnt xda kt umah~~sanggup ka ana nk tmpuhi ni sorg2..dah tu,nnt p kolej pon ngn dia...YA ALLAH,bntulah ak..

tringat lg 1 masa tu..ana hnya ingin bersuara menegakkan keadilan..ingin kmbalikan keadaan yg tegang..akibatnya..panggggggggggggggggg...ya ALLAh,bisa tngn melekat di pipi..msa tu..hnya Tuhan ja tahu..betapa pedih,remuknya hati ni..menangis tanpa bersuara..msk bilik,,sujud memohon perlindungan..itu ja yg ana mampu lakukan..walau pape pon,ana ttp syg..syg keluarga ana..syg mereka..ana sntiasa berdoa moga mereka diberi hidayah..kerna kdang2 ana hnya mmpu mengis keseorangan..

tman2 disekeliling hnya melihat ana sntiasa gmbira~~tiada mslah..itulah ana..sembunyikan mslah selagi boleh..biarlah mereka lihat kita tersenyum shja..(awek muda kot~~)=)..

trima kaseh pda yg memahami...=)

satu peper selesai suda~

alhamdulillah..
ana bersyukur pda Ilahi..paper learning through play dah lpas..walau tok midsem exm sja..tp cary markh ni membuatkan ana gerun~..ye la..perbezaan antra IPTA n IPTS..yg pnah ana lalui sblom ni..

-klu dlu, kt IPTA hnya da test 1 & 2 sja..asgment,presentation,final exam

-tp kt IPTS lak,da midsem exam,kuiz(kdang3 mnjangkau hngga 5 kuiz tok 1 subj),presentation,projek,paperwork..final exam..uwaaa..byk tu~~~

hurmm..cmna kan ana x rsau..ye la..amik blik smua pengajaran yg belaku pda ana b4 ni..

betol org putih ckp.."the more mistake u make,the more u learn",,

alhamdulillah,tok paper learning through play,ana rsa ana confident bole wt yg terbaik,tp x tow la rezult nnt,,harap dpt yg terbaik..insyaALLAH..

mmg menjadi mslah pd ana selama setahun suda ana mengaji kt kolej ni,ms midsem exam...yg hnya diberi 2 JAM SAHAJA...mmg x ckop msa..realitinya..ye la..hnya 10 soalan objektif(10 markah),yg 90 markah lg dtgnya dr esei..cba byangkan 90 markh dlm msa x smpai 2 JAM...smpat kah??..byk nk tulis kot...huhuhu...kna report kt HOS ni..=)

tok paper isnin lpas,tok msa 15 minit terakhir,brulah ana dpt semak jawapan..yaALLAH,smpat ka nk isi kot2 da tmpat kosong lg ni?..sumanya berlegar2 kt minda..nk tmbah isi pon cm x smpat ja..agk gemuruh memandangkan rmai pelajar suda beransur2 meninggalkan dewan..n..ta da~~~~1 soalan objektif..di nombo 3...apa yea jawapannya..A,b,C,D??urmm..solitary play??xpe la..dngan tgn bergetar..hntam sja la labu..B..ana membulatkan.

smak lak pda bahagian B dan C...urmm..cm sikit ja isi..alamak..soalan bhgian C no 3 x siap lg..tinggal lg 1 jawapan kna isi..menurut PARTEN,da 5 jenis main,nyata dan huraikan..ana hnya boleh jawab 4 sja..byk markh kat ctu..alamak2..pkir3..YA ALLAH,bntulah hambamu ini,sdang3 memikir,ambil je la jawapan kt bahagian A..mn tow btoi dr dok tinggal ksong ja kan..yeah..ana amik solitary play..dan huraikan la skit..main sndrian tanpa libatkan org lain..=0..huh0...last mnit nya keja..gasak je la labu~~

dengan bismillahhitawakkaltualallah..ana bgun dr kerusi..keluar dr dewan..dan..nk blik..tetba ja rsa nk bka jap buku note~~~PARTEN..PARTEN..mn kau..hehhehhe=)..
alhamdulillah,yaALLAH,KAU menolongku..betol pa yg dihentamkan..trus ana trun menuju surau~~~

"ALLAH akan sntiasa ingat pada hambanya bila masa hambanya dalam kesusahan JIKA,hambanya ingat padaNYA bila masa hambanya dalam kesenangan"

projek "smart beluncas da siap..tinggal paper work yg mlas nk pk..ohohoh..xptot..xptot..xptot...

KIBLAT YANG SATU


Di mana bumi dipijak, di situ agama dijunjung
wahai Muslimin dan Muslimat berpusu
dari seluruh alam
raikan syahadah di Bumi Haram
yang masih halal milik kita
namun kenangi air mat di kiblat tua
berbaur darah para syuhadah
gugur megah iman masih gagah
di luar pintu al-Aqsa
ada jasad masih tersiksa
tidakkah terasakah peritnya kita

Derita mereka
tika tawaf dan melontar jamrah
hanya batu senjata menaboh tanah
atau
di kala sujud di sisi Kaabah
dan zikir remang Raudah
kiblat tua menagih kasih
umat Muhammad
yang terpilih
kembalikan hak
punahkan yang batil
lambang ummah bersatu
zahirkan korban setelah
layak berserban
sesungguhnya kiblat yang lagi satu
milik seluruh ummah
bukan sekadar sejarah.

Saturday, December 26, 2009

midsem exam bermula

insyaALLAH..nex wek stat midsem exam..

tp..tetba ja hidup ana jd serba x kna..serabut..ntah la,,tiap kli nk exam ja..mst jd cmni..membuatkan ana xdpt cocentrate 100% tok stdy..bimbang yg teramat memandangkan b4 ni ana x smpat tok ulangkaji smua subjek lg..bla diberi pluang oleh parent tok stay sja dirumah hujung mnggu ni tok stdy, ana sia2kan sja..cmna ni..rsau tu lumrah la..tp ttap no action..masalah3...nnt bla ezult kuaq,mla la nk slahkan sumanya..
elok mood stdy smpai ja..tetba da mslah lain timbul..terbang kmbali mood yg sdia ada..urm...

tlg la wahai org disekelililng ku..fahami la hati ini..ana memohon..bkn menyalahkan sesiapa..tp tlg la plih msa yg sesuai klu nk berbincang sesuatu diluar bidang ana..bkn x nk kongsi idea,tp,xnk hilangkan fakta2 yg terkumpul diminda,krna hnya nk mskkan sesuatu yg diluar bidang kuasa ana..bkn ana x nk blaja sesuatu yg baru..tp..INI BUKAN MASANYA LAGI...msa BLOM SESUAI..FAHAMILAH DIRIKU INI..

syukran pda sesiapa yg memahami..cukuplah tekanan dr kwan2 ana sja..jgn la org yg hampir dgn ana ikot srta seperti mereka..

****************************************************

jadual bg midsem exm progrem ana..

28\12\2009(12.30-2.30ptg)-learning through play..

02\01\2010(12.30-2.30ptg)-program planning for baby & toodlers

04\01\2010(12.30-2.30ptg)-creative thingking

alhamdulillah..3 paper sja yg kluaq midsem..harap2 dpt wt yg terbaik..
insyaALLAH..
pape pown..selamat berjaya..good luck nurul aishah...

..smoga kejayaan & keredhaan dr ALLAH sentiasa mengiringimu..


**************************************

exam..exam gak..jgn lpa wt asgment yg berbaki ya..


learning through play-wt projek smpai siap..wt proposal skali..due date 4 januari 2010

progrem planning for baby n toodlers-planning program for baby 1 & 2 month..due date on 05 january 2010

prektikum 1-siapkan jurnal 2 mggu yg tertangguh..siapkan lesson plan m3 for preschool..due date on 7 january 2010..

~smoga success dlam smua perkara yg dilakukan..do ur best~

Thursday, December 24, 2009

orang beriman muliakan tetamu

SETIAP individu pasti pernah didatangi tetamu. Tetamu yang datang berkunjung ke rumah pastinya dengan hajat dan keperluan tertentu. Islam amat menitikberatkan hubungan antara sesama manusia.

Justeru, sejak daripada awal Islam menggariskan adab bagi memuliakan tetamu ke rumah.


Tetamu yang datang adalah amanah Allah yang harus ditunaikan haknya. Tuan rumah bertanggungjawab ke atas tetamu selama berada di rumahnya serta wajib menafkahkan sebahagian rezekinya buat tetamu itu.

Dengan menghormati tetamu dan menyempurnakan haknya, ia menjadikan seseorang Muslim itu memiliki iman yang sempurna apatah lagi tetamu itu saudara seagama.

Namun, tetamu bukan Islam turut mendapat layanan yang sama daripada tuan rumah beragama Islam.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud; "Tidak sempurna iman seseorang itu, sehingga dia mengasihi saudaranya, sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri." (Hadis riwayat Muslim).

Menghormati dan memuliakan tetamu adalah sunnah rasul dan nabi. Malah, Nabi Ibrahim a.s adalah antara rasul yang amat memuliakan tetamunya. Baginda menerima tetamu dengan hati terbuka dan melayani mereka dengan baik.

Allah s.w.t merakamkan perihal Nabi Ibrahim a.s ini menerusi firman-Nya bermaksud: "Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Ibrahim yang dimuliakan? Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Salam sejahtera kepadamu!'', Ibrahim menjawab: "Salam sejahtera kepada kamu!" (sambil berkata dalam hati): Mereka ini orang yang tidak dikenali. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya dan dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). Lalu dihidangkan kepada mereka sambil berkata: "Silakanlah makan." (Surah adz-Dzaariyaat, ayat 24-27).

Hakikatnya, amalan menghormati tetamu bukan saja menunjukkan ciri-ciri perilaku terpuji, malah berkait rapat dengan tahap keimanan seseorang Muslim.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia menghormati tetamunya. Barang siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah ia menyambung silaturahim." (Hadis riwayat Bukhari).

Di antara adab memuliakan tetamu dianjurkan Islam ialah:

- Menyambut tetamu dengan perasaan gembira dan wajah yang manis

- Saling bertanya khabar berita serta bertukar-tukar cerita yang baik.

- Sedaya-upaya menyembunyikan sebarang masalah keluarga agar tidak diketahui tetamu.

- Menyajikan hidangan makanan kepada tetamu.

- Menyediakan tempat tidur yang baik serta kemudahan yang diperlukan jika mereka bermalam di rumah.

- Sediakan mengikut tahap kemampuan tuan rumah.

- Tidak terlalu berkira, tak pula terlalu berlebihan dan bukan dengan niat untuk bermegah-megah dengan rezeki serta kemewahan yang ada.

Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran bermaksud: "Dan juga mereka (yang diredai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu." (Surah al-Furqaan, ayat 67).

Rasulullah s.a.w bersabda: "Bertamu (menziarah) itu tiga hari dan selebihnya siang mahupun malam. Tidak halal bagi seorang Muslim menetap di rumah saudaranya sehingga saudaranya itu berdosa kerananya. Sahabat bertanya: Bagaimana caranya dia berdosa? Jawab Baginda: Orang itu menetap di rumah saudaranya, padahal saudaranya itu tidak mempunyai apa-apa lagi yang akan dihidangkan (diberikan) kepada tetamunya itu." (Hadis riwayat Bukhari).

Keadaan ini adalah bagi mengelak perasaan terbeban tuan rumah. Amalan yang pada awalnya dikira sebagai amalan yang mulia, tetapi jika ia berlarutan sehingga menyusahkan tuan rumah, ia dikhuatiri akan menimbulkan suasana tidak selesa malah boleh menimbulkan perbalahan dan persengketaan pada kemudian hari.

Dalam konteks yang lebih besar lagi, rakyat sebuah negara yang diiktiraf sebagai antara negara Islam contoh, seharusnya kita rakyat Malaysia sentiasa mempamerkan akhlak dan budaya yang terpuji kepada khalayak yang berkunjung ke negara ini.

Tanpa mengira agama dan budaya, mereka seharusnya diberi bantuan sewajarnya sepanjang di negara ini. Sifat ringan mulut memberi bantuan apabila diajukan soalan oleh tetamu negara dan disertakan dengan senyuman adalah antara cara bagi menunjukkan tatasusila dan budaya rakyat Malaysia.

Sesungguhnya tetamu mengundang rahmat daripada Allah s.w.t ,menghilangkan dosa penghuni rumah dan menjanjikan pahala sedekah buat tuan rumah yang berusaha sebaik mungkin memuliakan tetamu menurut tuntutan Islam.

Monday, December 21, 2009

right?

ana rjin2 kan dri jelajah web iluvislam ptg td..
tetba ana terbaca entry ni...amat mengasyikkan..
seperti apa yg berlaku pd dri ana..
entry nya berbunyi...:

Mereka Bukan Halangan
www.iluvislam.com
dihantar oleh: afifahazam
editor: deynarashid

Sebahagian daripada kita ada yang menghadapi masalah dalam mendapatkan keizinan ibu bapa masing-masing untuk terlibat dengan program-program da’wah dan tarbiyah. Sehingga timbullah perselisihan dan sebagainya.
Hal ini terjadi mungkin kerana ketidakfahaman ibu bapa kita tentang hakikat da’wah yang sebenarnya, atau khuatir kalau-kalau anaknya terjerumus dan terlibat dengan perkara-perkara negatif yang semakin berleluasa di luar sana.

Apabila kita terlalu asyik berprogram sehingga mengabaikan keluarga, tidak hairanlah perasaan takut dan khuatir dalam diri ibu bapa kita akan timbul. Lebih-lebih lagi ibu bapa yang belum memahami hakikat da’wah, tujuan-tujuannya, dan juga manhaj dalam tarbiyah itu sendiri.

Ingatlah : “Barangsiapa tidak mengerti sesuatu maka ia memusuhinya.”

Jika seorang anak taat pada kedua orang tuanya, perilakunya mencerminkan akhlak yang tinggi, mengekalkan pencapaian yang membanggakan dalam pelajaran, mempunyai hubungan yang baik sesama adik beradik, dan tidak pulang lewat tanpa sebab, sudah pasti ibu bapa kita akan mengizinkan semua permintaan kita yang sebelumnya tidak dibenarkan.

Malah adalah lebih baik jika ibu bapa kita mengenali siapa kenalan kita terutamanya sahabat-sahabat seperjuangan kita. Inilah jalan untuk mencapai tujuan dan meraih kepercayaan.

Kita sering menyaksikan bagaimana Rasulullah s.a.w. menghadapi keburukan dengan kebaikan, menghadapi segala cubaan dengan ketenangan jiwa, serta menghadapi segala rintangan dan gangguan dengan pemberian maaf dan do’a : “Ya Allah, berilah petunjuk kepada kaumku ini, sesungguhnya mereka adalah kaum yang tidak mengetahui.”

Kebanyakan orang-orang yang tidak peduli kepada da’wah kita adalah orang-orang yang tidak mengenal hakikat da’wah ini. Imam Hasan Al-Banna pernah mengatakan, “Ketidaktahuan masyarakat akan menjadi penghalang jalan kalian. Oleh kerana itu, tugas kita yang paling mulia adalah menjadikan masyarakat mengenal hakikat da’wah kita, kerana kebersamaan mereka dengan kita adalah lebih baik.”

Allah swt. Berfirman : “Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa, tentulah kami tutup (hapus) kesalahan-kesalahan mereka dan tentulah Kami masukkan mereka ke dalam syurga yang penuh kenikmatan.” (Al-Maidah: 65)



apa pendapat anda suma?
pernahkan anda menghadapi dilema seperti ini?
bagaimana anda menghadapinya?
renung2kan lah.....

kesimpulannya:
"bukan ibubapa xizinkan.tp mereka bimbang kehidupan kta kelak.ia menunjukkan mereka masih sayang akan kita..tp pandai2lah kita tok bahagikan sumanya sebaiknya..yg pnting amik hati mereka..kerna mereka dulu mkn garam dr kta.."

Thursday, December 17, 2009

selamat tahun baru 1431 hijrah

alhamdulillah..ana bersyukur sgt pd ilahi krna tlah memberi pluang utk ana merasai thun br kli ini..tok thun 1431 hijrah..smoga ditahun br ini ana mmpu menjalankan tngggungjwb sebaiknya,meniti jlan keredhaan dlm agamaMu ini, menempuhi seglanya dgn kesabaran,ketakwaan,keyakinan,ketekunan dan kesungguhan..meluaskan pengetahun..berdakwah dengan ilmu yg ada..dan menerapkan ajrn agama islam yg mulia ini dlm kehidupan..yaALLAH..permudahkanlah daku..ameen..

..selamat tahun baru hijrah 1431h...

first of all,syukur pd ilahi,karnival klab & persatuan dpt dijalankan dgn sebaik2nya..alhamdulillah..klu ikotkan pnat..mmg pnat..tp krna itu 1 tanggungjawab..ttp jua dijalankan..walau terpaksa korbankan beberpa klas smlm..ia 1 pengalaman br buat ana..

alhamdulillah..lectre fhm dgn tugasan ana..jd,tiada kerumitan utk keluar klas bg jlnkan tanggungjawab..yg pasti ana terpaksa take note kwn2 yg lain tok penuhi subjk yg tlah ketinggalan..

ana ingin berkongsi crita..da sorg lectre ni..slalu bg smngat kt ana..mmg lectre ni lectre ksayngn bdk2 ECE..baek pnya lectre..bkn sbb dia akn bg soalan spot tok final,bukan sbb dia cntik,bkn kerna dia x pnah mrh,,tp...krna lectre ni memahmi stdent2 dia..xsuma lectre cmni..ana respect lectre ni..nm lectre ni madam MONICA LEENA RAJARETNAM..mmg spoting hbs..

dlu ana pnah da skap x puas ati ngn lectre ni..ntah la npe..rs berdosa sgt tika tu..alhamdulillah,lm2 ana dah fhm..ana da slah sngka ngn lectre ni..skank,dia lah lectre kesayangan ana..slalu bg smangat..memahami ana..n satu2nya lectre yg x pnah menyoal tntg dress up ana..
xda 1 lectre pon yg pnah ckp cmni kt ana mlainkan mdm:

-tahniah krna pemilihan aishah..great job..smoga succes..
-nice..so perfect dgn tugasan tu..
-i tkot nk bg markah kt lukisan aishah ni..nnt i soh lectre lain markh..beutiful..

bkn sbb ana sukakn pujian..tp itu ana amik sbgai penyuntik smangt ana..bak kta mdm,walau seteruk mn pon lukisan @ hasil kerja knk2,pujilah ia,ia sbgai kta2 smngat tok mereka wt yg terbaik..bkn ana knk2..tp kita kdang2 perlu mnjadi sprt mereka..

~~~kalau hendak memperkasakan PENGETAHUAN,banyakkan belajar dr dunia KANAK-KANAK.RIANG,CERGAS & JUJUR menjadi paksi warnanya disamping banyak nilai telus,tulus diperolehi.kerana bagi mereka,hitam adalah hitam & putih adalah putih.amat mengasyikkan~~~


nice right?..pape pownn..TQ madam ats segala ilmu yg tlah dikongsi...harap2 smua lectre akn jd cm mdm ni..sungguh..best blaja tow..hapy ja dlm clas..=)

Tuesday, December 15, 2009

npe skank ni cm bz ja...cm x smpat nk luang msa tok keja umah..cian mk kn wt suma..bkn sngaja..tp mmg sgt pnat after blik dr kolej..so,,wt ja homwork,trus tdo..yaALLAH..tlg lah hmbamu ini,,,pas ni kn rancang elok3 la sumanya..ya la,mid sem exam tinggl smnggu lg..da 3 paper msk mid sem...lgsng x bc pape lg..afte ni..juz tmpu pd midsem sja ya aishah..=)

this wek ngh cbok ngn karnival klab yg diadakan pd kamis ni..hrap3 sumanya bejlan dgn lancar..insyaALLAH..

tok projek learning through play-alhamdulillah,hmpir siap..walaupun due date awl januari dpan..blaja ok sja..wt petshow,music n movment,pas ni story telling,pentomen,drama, puisi la plak ya..dah msk seni 2 dah~~

projek creatif thinking sja dlm proses walau kn hntar this wek..almaklumlah,sgt terkejut krna lectre bkn sja nk tgk proposal,tp keseluruhan hasilnya jgak..klam kabot gak nk design blik..insyaALLAH..arp2 esok sumanya akan settle..

tok subj creatif xperient with children..alhamdulillah,xda problem..sbb,clas ni blaja warna,lukis,wt drama,pntomen,,ala,cm knk3 blaja..=)...happy sgt clas ni..xda tension2...cma kn kreatif ja..

tok subj prektikulum 1..stakat ni baek2 sja..cuma nk wt RP sja pning3 skit coz format yg brubah dr yg blaja msa sem 1 dlu..xsbr nk wt lawatan p prasekolah..mayb MSU Kids..

subj planning for baby n toodlers lak,alhamdulillah,lectre first tym ngajar..jd kn la ikot rntak skit...tp x pa..cba sdaya upaya wt yg terbaik..maaf sis,ktorg mmg blaja cmni..tp x sngka dorg asyik buli sis sja..

~~untuk student SBMP..jgn lpa tok wt pre-register tok sem dpn pd 16 dan 17 disember ni kt cyberlab~~

insyaALLAH..aishah try ur best...creability is about ur responsiblity...

..jgn jdikan ia sbgai beban.tp jdikan sbgai 1 cabaran=)..

..smoga kemenangan & kebahagiaan berada di smpingmu selalu..smoga dirimu sntiasa berada dlm redha tuhanmu..ameen..

good luck..smoga bejaya..try ur best

Sunday, December 6, 2009

team building

alhamdulillah..
team building dah selesai..cma 14.12.10 ni pjmpaan ngn president dato' syukri..msa team building yg hnya belangsung slma 2 hari 1 mlm ni, plbagai pngalaman br yg ana dpt...antra mpp,jpp,president klab n fc..smuanya bejlan lncar..mpp tlah tahu apa kelemahan mpp..insyaALLAH..kmi suma akan cba perbetulkan kslapan kmi di msa dpn..sumanya akan dimskan kedlm meeting slasa ni..syukur jgak kpd ilahi,team3 suma bg sepenuh tanggungjawab...
insyaALLAH...marilah kta suma berganding bahu..mantapkan kolej PTPL..
PTPL boleh..!!!

banjir??

rabu lpas...2.12.2009...after solat asr..ana kluar dr surau kolej tok blik umah..tetba eran..rmainya org kt ctu..npe tong smpah terblik ni??apa suda terjadi??
rupanya kolej dilanda bnjir..=0..alamak..bnjir??cmna nk blik ni??adoie...
lectre2 dah mla glabah,,keta msk air..stedent yg nek moto lak,,lari bekejaran tok slamatkan moto..yg stdent laen lak,,bole tangkap gmbar smbil posing tgah3 bnjir tu..mslah3...tah pape lak..
sibaek klas xmsk air coz tinggi..juz kawsan kafe n kdai3...pdang dah jd cm pulau..air deras btol tym tu..
ujan stat x slap dr kol 3.15 ptg..tym tu mdam monica tgah ngajar dlm clas..hbs clas ujan lbat,so amik kptsan nk lpak kt surau..mmg ana x sngka yg ujan x smpai 2 jam bole sbbkan bnjir..kuasa ALLAH,tiada siapa yg mmpu mengubahnya,,air dr kolam kelab golf slngor tlah mlimpah n memenuhi kawasan kolej..
esok paginya..sumanya pulih sdiakala...

dan..ana dpt tow keesokan harinya..bnjir skali lagi mlanda..after pkol 4 ptg..coz ana blik kol 4 x bnjir lg...dlm sminngu..PTPL pecah rekod ..bnjir mlanda sbnyak 2x..

alhamdulillah..sumanya slamat...tiada kemalngn dilaporkan..=)