Saturday, August 15, 2009

..usrah di bkit cerakah..



tarikh:9 ogos 2009
masa :09.00pg-01.00ptg
tempat:bukit cerakah

ana berkesemptan join usrah smbil beriadah di bkit cerakah..
sgt best dan menarik..
beberapa pengisian telah diisi..
dukacita sgt coz xsmua ahli usrah yg dpt sma2 join rehlah tu..
yg dpt p hnya ana,kak shila,syereyl,ummi dan juga fairuz(naqibah)..
rehlah smbil menjamu pemandangan alam kurniaan yg maha ESA..
alhamdulillah..bersyukur..
smuanya berjalan dengan lancar..
diharap dengan pogem yg dijalankan ni..dapat menyatukan ukhwah kt smua ya..

MANGKUK YANG CANTIK, MADU DAN SEHELAI RAMBUT

Rasulullah SAW, dengan sahabat-sahabatnya Abu Bakar, Umar, Utsman bertamu ke rumah Ali. Di rumah Ali, Fathimah (istri Ali sekaligus putri Rasulullah) menghidangkan madu untuk mereka yang diletakkan di dalam sebuah mangkuk cantik. Ketika semangkuk madu itu dihidangkan, ada sehelai rambut yang ikut di dalam mangkuk itu. Baginda Rasulullah SAW kemudian meminta semua sahabatnya untuk membuat suatu perbandingan mengenai ketiga benda tersebut (Mangkuk yang cantik, madu, dan sehelai rambut).

Abubakar r.a. berkata, "iman itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang beriman itu lebih manis dari madu, dan mempertahankan iman itu lebih susah dari meniti sehelai rambut".

Umar r.a. berkata, "kerajaan itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, seorang raja itu lebih manis dari madu, dan memerintah dengan adil itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Utsman r.a. berkata, "ilmu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, orang yang menuntut ilmu itu lebih manis dari madu, dan ber'amal dengan ilmu yang dimiliki itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

'Ali r.a. berkata, "tamu itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, menjamu tamu itu lebih manis dari madu, dan membuat tamu senang sampai kembali pulang ke rumahnya adalah lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Fatimah r.ha.berkata, "seorang wanita itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, wanita yang ber-purdah itu lebih manis dari madu, dan mendapatkan seorang wanita yang tak pernah dilihat orang lain kecuali muhrimnya lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Rasulullah SAW berkata, "seorang yang mendapat taufiq untuk ber'amal itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik ini, ber'amal dengan 'amal yang baik itu lebih manis dari madu, dan berbuat 'amal dengan ikhlas itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Malaikat Jibril AS berkata, "menegakkan pilar-pilar agama itu lebih cantik dari sebuah mangkuk yang cantik, menyerahkan diri, harta, dan waktu untuk usaha agama lebih manis dari madu, dan mempertahankan usaha agama sampai akhir hayat lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Allah SWT berfirman, " Surga-Ku itu lebih cantik dari mangkuk yang cantik itu, nikmat surga-Ku itu lebih manis dari madu, dan jalan menuju sorga-Ku itu lebih sulit dari meniti sehelai rambut".

Tuesday, August 11, 2009

today..

alhamdulillah..
syukur dengan apa yg berlaku..
ri nie clas ana cm besa ja..
xda pape yg menarik..
nex week ujian ict 2..

lg sebulan ja lg final exam..
jadual exam da dpt..
uwaaa...stdy blom lg nie..
nnt akan dicopy dicni sebgai pringatan..=)

Monday, August 10, 2009

nak wt maksiat?? ikut syarat ini...

SYARAT PERTAMA:

"Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."

Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:

SYARAT KEDUA:

"Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:
SYARAT KETIGA:

Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:


SYARAT KEEMPAT:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:


SYARAT KELIMA:

"Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.


so...pe pendapat korang??
nk truskan niat wt
maksiat ka??
sendri mau ingt la yer..

tanggal 11 ogos 2009

hapy bezday to my little brother..
MOHD USAMAH B ABDUL RAHMAN..
selamat ulangtahun kelahiran ke 10..
semoga berjaya didunia & akhirat...
semoga menjadi anak yg soleh & bertanggungjawab kepada ke2 ibubapa..

..4 da first tym..

assalamualaikum..
suda lma ana nk wt blog..
tp mayb blom sampai msnya lg..
alhamdulillah..
suda tercapai jugak hasrat ana..
arap di blog ni dpt ana luahkan pa yg terpendam..
tapi..still mengikut batasannya..
insyaALLAH..

akhir kalam.......

marilah sma2 kta renungkan kta2 ni ya:
"jangan mati semasa kita hidup..tapi..hiduplah selepas kita mati"
waalaikumussalam